Mengenai Kami
Buka potensi anda dan jadilah sebahagian daripada perjalanan Tango untuk memperkasakan komuniti gig
TANGO – Komuniti pasaran GIG pertama di Malaysia, yang mempunyai impian untuk merevolusikan ekonomi GiG tempatan dengan perlindungan masa depan pekerja GiG dan meningkatkan kebolehpasaran dan jangkauan kemahiran mereka.
Ekonomi GiG kini telah melanda di negara. Ia tidak boleh dinafikan bahawa pekerja GiG tidak mempunyai jaminan kebajikan sosial berbanding dengan pekerja sepenuh masa. Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diduga seperti kecederaan atau kemalangan semasa bekerja, pekerja Gig tidak mempunyai perlindungan kebajikan.
TANGO bertujuan mengisi kekosongan ini dengan penyediaan jaminan yang amat diperlukan kepada pekerja GiG (termasuk peniaga kecil). Melalui TANGO, pekerja GiG boleh membuat caruman PERKESO, dan seterusnya melayakkan perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Justeru, pekerja Gig mempunyai kebajikan social sekiranya berlaku sebarang kemalangan pekerjaan.
Tambahan lagi, TANGO juga bertindak sebagai platform bagi pekerja GiG untuk memasarkan kemahiran Gig, latihan kemahiran tambahan/semula atau latihan peningkatan kemahiran. Ini akan meluaskan jangkauan para pekerja GiG, dan kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan peluang pendapatan gig. Kami di TANGO akan terus berinovasi dan berusaha untuk mencapai hasil terbaik untuk semua pekerja GiG di Malaysia.
Mari bangkit bersama!