Undang-undang baru pekerja Gig dalam perancangan

Posted on 09 Apr 2022
Undang-undang baru pekerja Gig dalam perancangan

Undang-undang baru pekerja Gig dalam perancangan

Kerajaan kini sedang dalam proses pembicaraan undang-undang baru pekerja Gig, di mana ahli-ahli industry dan pengendali platform-platform yang terlibat sedang berbincang dengan Kementerian Tenaga Manusia. 

Menteri Tenaga Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata bahawa kementerian sedang mengumpul maklum balas dari pihak-pihak yang terlibat supaya undang-undang baru tidak akan mejejaskan keunikan ekonomi Gig. 

“Kerajaan sedar kepentingan peranan yang dimainkan oleh pengusaha e-hailing dan p-hailing”. 

"Ekonomi digital telah menyaksikan perkembangan pesat pada tahun 2020 akibat Covid-19, yang telah mencipta perniagaan digital baru, mendorong peralihan perniagaan tradisional ke laman internet, seterusnya menyebabkan jutaan rakyat Malaysia menggunakan kaedah maya untuk e-dagang, hiburan dan pendidikan," katanya dalam jawapan bertulis parlimen kepada soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai).

Pada masi ini, kementerian melalui PERKESO telah menyediakan perlindungan sosial kepada individu yang bekerja sendiri termasuk pekerja Gig di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, kata Saravanan.

Akta itu yang berkuat-kuasa 1 Jun 2017, meliputi 20 sektor di Malaysia.

“Untuk memastikan golongan belia dalam ekonomi Gig terus dilindungi, peraturan mengenai pekerja dalam pengangkutan dan penghantaran makanan dan produk telah dikuatkuasakan mulai 1 Oktober 2021.

"Penguatkuasaan peraturan ini dijangka menarik lebih ramai kumpulan sasaran untuk mengambil perlindungan yang disediakan oleh akta tersebut."

Beliau berkata jaminan sosial disediakan untuk mereka yang bekerja sendiri dan melindungi kecederaan dan kematian semasa bekerja.

Menurut perangkaan PERKESO, seramai 13,333 individu yang bekerja sendiri di bawah program Penjana Gig dan 194,800 orang di bawah SPS Lindung menurut rekod sehingga 24 September.

Saravanan berkata penawaran-dan-permintaan perkhidmatan ekonomi Gig dijangka berterusan, walaupun negara sedang beralih ke fasa endemik.

Malaysia, seiring dengan trend dunia, sedang menuju ke arah pendigitalan yang akan membolehkan persekitaran kerja yang lebih fleksibel, katanya. Beliau berkata kerajaan telah memperkenalkan MyDIGITAL, sebagai satu  langkah aspirasi untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang berteraskan teknologi dan pendigitalan.

MyDIGITAL bertuju membantu rakyat menguasai teknologi dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.

Menurut laporan, Malaysia mempunyai lebih-kurang empat juta pekerja asas bebas, dengan jumlah itu dijangka meningkat apabila pekerjaan Gig semakin menarik berikutan peningkatan platform digital, terutamanya sejak pandemik Covid-19.

Dalam ekonomi Gig, adalah perkara biasa bagi majikan untuk mengupah kontraktor bebas dan pekerja bebas dan bukannya pekerja sepenuh masa.

Topics
News
Announcement