Ekonomi Gig di Malaysia
Pernahkah anda menggunakan perkhidmatan panggilan telefon seperti Grab atau menempah penginapan melalui laman internet seperti Hotel Trivago/ Airbnb? Inilah yang dikatakan 'Ekonomi Gig'.
Ekonomi Gig adalah pengendalian tugasan untuk wang antara individu atau syarikat melalui platform digital.
Persekitaran ekonomi Gig di Malaysia
Lebih-kurang 30% daripada tenaga pekerja di Malaysia (5 juta orang) bekerja dalam ekonomi Gig dan bilangannya semakin meningkat. Dengan industri teknologi yang berkembang pesat, platform laman internet semakin mudah diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja, meningkatkan peluang pekerja dalam ekonomi Gig.
Diikuti dengan fleksibiliti dari segi waktu bekerja dan tempat bekerja, mereka bebas memilih jenis pekerjaan serta gajinya.
Bekerja dari rumah kini menjadi cara kehidupan baru di Malaysia apabila kes Covid-19 meningkat, mencetuskan permintaan untuk ekonomi Gig. Masa depan kerja juga sedang beralih ke arah model kerja jauh atau compuran, dan ini akan terus mengukuhkan ekonomi Gig.
Faktor-faktor yang mendorong ekonomi Gig di Malaysia
Beberapa faktor yang mendorong rakyat beralih ke ekonomi Gig termasuk:
- Industri teknologi yang berkembang pesat
- Peningkatan populariti bekerja dari jauh
- Peningkatan konsep “ruang kerja bersama”
- Kekurangan pekerja berkemahiran tinggi
- Kos sara hidup semakin tinggi
- Perubahan permintaan pasaran
- Budaya bekerja dari mana-mana
Kebaikan dan keburukan bekerja dalam ekonomi Gig
Setiap pekerjaan mempunyai kebaikan dan keburukannya. Adalah penting untuk mempertimbangkan dengan teliti faedah dan kelemahan bekerja dalam ekonomi Gig menglibatkan diri:
Kebaikan ekonomi Gig
- Kebebasan individu untuk bekerja di pelbagai pasaran untuk memenuhi permintaan industri dengan lebih baik.
- Kelebihan semasa perundingan.
- Keseimbangan kehidupan yang lebih tinggi kerana mereka bebas untuk menukar pekerjaan menurut keperluan.
- Menyediakan pengguna dengan pelbagai pilihan dan perkhidmatan.
- Penjimatan sumber dari segi latihan, faedah dan ruang pejabat.
- Majikan boleh menambah kepelbagaian tenaga kerja dalam membuat pelan yang strategic.
Keburukan ekonomi Gig
- Tiada pencaruman KWSP.
- Tiada gaji yang konsisten dan faedah kesihatan.
- Mungkin tidak mengalami pertumbuhan kerjaya berbanding bekerja di syarikat.
- Orang pertama yang akan diberhentikan sekiranya berlaku isu kewangan dalam syarikat.
- Tidak sesuai untuk pekerja kurang mahir kerana mereka sering dieksploitasi disebabkan oleh kuasa tawaran yang rendah.
- Kurangkan peluang daripada MNC yang lebih besar yang lebih cenderung untuk mengupah syarikat berbanding pekerja bebas.
Alternatif untuk menjadi pekerja Gig ialah membina syarikat sendiri di Malaysia. Antara kelebihan berbuat demikian ialah geran perniagaan yang dimulakan oleh kerajaan.
Pentadbiran ekonomi Gig
Ekonomi Gig memberi manfaat kepada pihak berkuasa di Malaysia, tetapi mungkin tidak beberapa berfaedah buat pekerja Gig, kerana :
- Pekerja Gig tidak diiktiraf sebagai pekerja. Jadi, peluang untuk memohon geran dan faedah lain seperti insurans perubatan dan cuti sakit berbayar.
- Mereka juga akan menghadapi masalah mendapatkan pinjaman daripada bank atau mana-mana pihak kewangan kerana pendapatan yang tidak konsisten, dan mereka tidak diiktiraf sebagai pekerja sepenuh masa.
Lebih daripada 50% pekerja bebas tidak mempunyai pelan persaraan, dan 55% dengan ketimbalan kewangan kurang daripada tiga bulan, situasi kewangan pekerja Gig tidak begitu baik dan bukan seperti yang diingini.
Sehingga kini, masih tiada peraturan, undang-undang atau garis panduan khusus untuk melindungi kebajikan pekerja Gig kecuali peruntukan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789], yang memerlukan individu yang bekerja sendiri mendaftar dan mencarum di bawah skim ini.
Masa depan ekonomi Gig
Ekonomi Gig dijangka membawa masuk kira-kira $2.7 trilion menjelang tahun 2025, masa depan ekonomi Gig di Malaysia masih kukuh. Pekerjaan dalam laman internet yang paling pesat berkembang termasuk penulisan, “programming” serta teknologi blockchain.
Keluaran Kasar Negara Malaysia telah meningkat dengan pesat kerana ekonomi Gig, seterusnya membantu individu memperoleh pendapatan tambahan atau memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur.